The rest of this entry will be in Malay (local language), I tried to google for a credible English version but to no avail. For those of you able to source for it, please please please share the details or link. I highly appreciate it.
The below credit goes to KalamIslam2U blog, I merely copy & paste to share with fellow readers (hyperlinked). Please visit THIS site for more/other info.
***********************************************************
Berkenaan musafir, Nabi S.A.W bersabda : “bermusafir adalah satu penyeksaan”. Namun begitu Nabi S.A.W menyatakan kepada kita bermusafir juga mempunyai banyak feadah. Sabdi Naba S.A.W : “bermusafirlah agar kamu sihat dan beruntung” dan satu riwayayat lain : “Bermusafirlah agar kamu sihat dan sejahtera.”
Adab dan sunat dalam bermusafir :
i. Tujuan perjalanan adalah baik dan betul.
Jika musafir tanpa arah tujuan, sudah tentu dia tidak menepati tujuan
baik yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W. Jika seorang ingin
bermusafir, dia patut menunaikan solat sunat 2 rakaat di rumahnya iaitu
sebelum dia keluar.Sabda Nabi S.A.W : “Perkara yang terbaik yang ditinggalkan oleh seorang lelaki kepada ahli keluarganya apabila dia bermusafir ialah menunaikan solat 2 rakaat”
inilah langkah pertama yang dilakukan sebelum seorang itu keluar dari tempatnya.
ii. Sunat musafir pada hari khamis.
Antara sunat Nabi S.A.W ialah baginda suka bermusafir pada hari Khamis dan tidak suka bermusafir pada hari Jumaat. Seorang sepatutnya
tidak bermusafir pada hari Jumaat menyebabkan dia gagal menunaikan solat
Jumaat.
iii. Bermusafir di malam hari
Nabi S.A.W bersabda : “Bermusafirlah di malam hari, kerana ia memendekkan perjalanan”Kebiasaannya perjalanan dipermudahkan di malam hari. Benarlah sabda Nabi S.A.W bahawa jarak menjadi singkat di malam hari.
iv. Beg kecil
Seseorang perlu membawa bersamanya beg kecil berisi keperluan asas
untuk dirinya. Setiap kali bermusafir, Nabi S.A.W membawa beg kecil,
berisi siwak. Baginda sentiasa membawa siwak ketika bermusafir. Baginda
juga membawa sikat, cermin, celak dan kayu wangi. Kayu wangi ini
dinamakan Al-Midra, dengannya baginda meleraikan rambut. Dan beberapa
peralatan dan baranga keperluan.
v. Ucapkan selamat tinggal
Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya. Dengan memohon
penjagaan daripada Allah S.W.T. Inilah sunnah yang dibaca oleh Nabi
S.A.W kepada beberapa sahabat.“Aku pohon agar kau dijagai oleh Allah S.W.T yang takkan hilang jagaan daripada Nya”
Sesungguhnya Allah S.W.T akan memelihara setiap jagaan Nya.
vi. Didoakan oleh orang musafir.
Sunat bagi meminta didoakan oleh orang musafir. Sesungguhnya
Rasulullah S.A.W meminta salah seorang sahabatnya iaitu Umar Al-Khatab
agar mendoakannya ketika dia berangkat untuk bermusafir apabila dia
datang meminta izin daripada Rasulullah S.A.W.Lalu Nabi S.A.W bersabda : “Saudaraku, janganlah kau lupa mendoakan untuk kami”
Rasulullah S.A.W sendiri meminta sahabatnya mendoakan untuknya.
vii. Baca Bismalah
Apabila keluar dari rumahnya, sunat kita membaca “Bismalah. Dengan nama Allah, aku beriman dan bertawakal kepada Allah dan tiada yang berkuasa melainkan Allah.”Riwayat lain : “Aku berpegang kuat kepada Allah”
Apabila mula menaiki kenderaan untuk bermusafir, berdoalah dengan doa musafir. Terdapat banyak doa dan zikir bemusafir. Doa-doa ini boleh didapati di tempat masing-masing.
viii. Bermusafir secara berkumpulan.
Bagi yang bermusafir jika mudah baginya agar memilih teman perjalanan
yang pekerti. Sunat bagi yang bermusafi secara berkumpulan agar seorang
daripada mereka menjadi ketua. Jika jumlah mereka 3 orang ke atas,
mereka perlu bermesyuarat untuk memilih ketua sebagai pemimpin dan
menyusun program perjalanan mereka. Inilah sunnah Rasulullah S.A.W. Juga
salah satu sunnah yang kini dilupai oleh kita.
ix. Takbir dan tasbih
Antara sunnah Rasulullah S.A.W dalam bermusafir ialah sunat kita
bertakbir ketika pada paras ketinggian dan bertasbih ketika turun ke
paras rendah. Ketika menaiki kapal terbang apabila dia mula berlepas dan
terbang tinggi, sunat bagi kita bertakbir. Allahu Akbar! dan bertasbih
ketika turun. Subhanallah! Begitu juga kalau kereta kita mendaki bukit,
jejantas atau kawasan tinggi. Sunat bertakbir setiap kali naik ke atas.
Dan bertasbih ketika menurun. Juga sunat digunakan di mana-mana tempat
dan bandar.
x. Al-Huda’
Juga diantara sunnah Nabi S.A.W ialah Al-Huda’ (Nyanyian musafir).
Diketahui antara sunnah Nabi S.A.W adalah mendengar nyanyian. Sebagai
bukti bahawa Nabi S.A.W suka mendengar nyanyian ketika perjalanan.
Rasulullah S.A.W inginkan kita dalam suasana yang baik. Merehat dan
menenagkan dirinya daripada suasana tegang. Yang mungkin akan dialaminya
ketika bermusafir.
xi. berdoa memasuki kampung
Nabi S.A.W mengajar kita, apabila memasuki sesuatu pekan atau
kampung, kita disunatkan berdoa kepada Allah S.W.T. Setiap kali baginda
memasuki sesuatu negara atau kampung, baginda akan berdoa agar Allah
permudahkan perjalanannya. Jika seseorang itu mengamalkan sunnah ini,
Allah akan lindunginya setiap kali dia melalui sesuatu kawasan.
xii. Bawa balik hadiah
Nabi S.A.W juga berpesan agar kita membawa balik hadiah. Pastikan ada
hadiah ketika balik daripada bermusafir. Biarpun hadiah tersebut hanya
kecil tetapi amatbernilai bagi ahli keluarga, kanak-kanak,sanak saudara
dan rakan karib. Hadiah mengeratkan hati manusia. Terutama apabila
pulang dengan membawa hadiah. Ramai yang pulang dengan membawa hadiah
tetapi siapa antara kita merasai ia adalah sunnah dan ikutan daripada
Rasulullah S.A.W.Inilah keistimewaan kepada yang tahu dan belajar tentang sunnah Nabi S.A.W. Apabila kita melaksanakan salah satu daripada sunnah ini. Kita dapat merasai perjalanan kita adalah perjalanan yang luar biasa. Dipenuhi dengan perbagai manfaat dan faedah dan keagamaan dan mencontohi penghulu para Nabi S.A.W.
***********************************************************
Just to be clear, this entry is not meant to "menunjuk nunjuk budak baik" (show-off), just a reminder to own self and to keep my sanity in check. After this, I will transfer my Selawatherapy and Surah reading into iPod which has been pending for the last 4-5 months (Yeah! Allah marah nanti, I know! Sigh.....).
16 comments:
terima kasih lily the globetrotter diatas sunnah yang sgt berguna utk dikongsi bersama. InsyaALLAH.
Thanks, Lily the Globetrotter, for the timely reminder. Very useful, and much appreciated.
sunnah yang baik oleh junjungan Agung kita, sama2lah kita cuba merealisasikannya. tak dapat semua, mungkin sedikit pun takpe ...
i pon penah blog psl sunnah rasulullah nih. malu sdr sbb kebykan xbuat tp now dh tau berlatih la utk ikut hihi
Yup kakak santek pon penah blog pasal ni haritu kan.. I sangat bersyukur,.
Bagus la share info ni, boleh improve diri yg memang sedia kala selalu lupa..
thanks for sharing..insyallah boleh ada antaranya yang boleh di amalkan..bwk balik sebenir pun rupanya sunnah kan..:)
good to remind people on good deeds
okeh, ini sgt bagus la lily!!!!!
i pon baru tahu neh!
insyaAllah...akan di amalkan :)
danny,
you are most welcome.
RAW,
a self reminder to me too.
wakjan,
betul tuh, kitecuba apa yg termampu insyaalah. apa yg terlupa, tlg ingat2 kan ler... :)
ely,
i termiss this entry from yours, but as i ggl; i did see few other travel bloggers entry on this. let's us remind each other kan.
janggel,
itu ler... i termiss kot.
na,
ingat2 kan sesama kite yek. i nih forgetful.
yantie,
i pun tak tau bab souvenir tuh... alhamdullilah dok buat dah slalu.
kcc,
so very the agree.
masZ,
itu ler.... nnt ada a few more, i will update periodically. do remind each other gak yek.
zette,
insyaallah.... amin.
masZ,
itu ler.... nnt ada a few more, i will update periodically. do remind each other gak yek.
zette,
insyaallah.... amin.
jazakaAllah kerana berkongsi.
Post a Comment